Dalam kuliah hari ini sesi pembelajaran tertumpu pada pembukaan akaun Gmail dan Blogspot bagi tujuan penulisan ringkasan pembelajaran dan refleksi (eportfolio) untuk setiap sesi pembelajaran TMK.
Pn. Zakiah telah cuba untuk membantu kami dalam cara pembukaan akaun Gmail dan Blogspot persendirian dengan menerangkan setiap langkah yang diperlukan. Selain itu, beliau turut memberi panduan dalam soal reka bentuk design blog-blog kami .
Selain itu, Pn Zakiah turut menerangkan elemen-elemen yang harus ada dalam blog eportfolio persendirian kami, contohnya,
I. Maklumat diri dan falsafah hidup
II. Ringkasan Pembelajaran
III. Refleksi
REFLEKSI
Kuliah pada hari ini sememangnya amat menyeronokan kerana kebanyakkan daripada kami tidak pernah menggunakan kemudahan blog dan selepas kuliah hari ini kami telah mempunyai blog- blog persendirian kami hasil daripada bantuan Pn Zakiah.
Pendapat saya dalam penggunaan blog untuk tujuan penulisan ringkasan pembelajaran dan refleksi untuk setiap kuliah bukan sahaja dapat memudahkan proses penulisan dan penilaian pensyarah malah mampu meningkatkan kemahiran kami dalam soal penulisan supaya lebih mantap dan cekap.
Di samping itu, Pn. Zakiah turut menggalakkan kami supaya menggunakan kreativiti masing-masing untuk mereka blog persendirian kami supaya dapat meningkatkan lagi penguasaan dalam bidang TMK.
No comments:
Post a Comment