Dalam kuliah Teknologi Maklumat dan Komunikasi pertama hari ini, pensyarah kami, Pn Zakiah telah memulakan kuliah dengan satu soalan iaitu “ Apakah TMK?” sepintas lalu apa yang boleh difikir tentang TMK hanyalah KOMPUTER.
Oleh sebab Kebanyakan kami tidak dapat menjawab dengan tepat lalu beliau menjelaskan definisi umum bagi Teknologi adalah “ sesuatu yang dihasilkan untuk memudahkan kehidupan kita.”
Selain itu, kami juga didedahkan kepada soal bagaimana fungsi komputer membantu seorang pelajar dan kesimpulan yang didapat adalah komputer dapat membantu menyalurkan, berkongsi dan berkolebrasi maklumat antara rakan.
Beliau juga menasihati kami semua supaya menggunakan TMK secara berfikrah untuk kebaikan kita dan tidak terjerumus dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
Pengajaran diteruskan dengan sebuah slide show yang bertajuk “Perkembangan Dalam Komputer” di mana kami diperkenalkan dengan sejarah 5 generasi komputer.
Generasi pertama adalah ENIAC (1941-1956) hasil kerjasama University of Pennsylvania dan kerajaan US. ENIAC terdiri daripada 18000 tiub vakum dan 7000 resistor (perintang) dibangunkan olehJohn Prester Eckert dan John Mauchy.
Von Neumann mencipta EDVAC pada 1945 di mana memori mampu menyimpan dan memegang data dan program ( RAMDOM ACCESS MEMORY) RAM.
Pada 1951 Universal Automic Computer (UNIVAC) dicipta oleh REMINGTON RAND.
Kami juga difahamkan bahawa komputer pada masa lampau menggunakan bahasa mesin dalam bentuk symbol untuk beroperasi.
Beberapa gambar tentang komputer masa lampau turut dipaparkan untuk meningkatkan pemahaman kami terhadap sejarah perkembangan komputer.
REFLEKSI 28 JUN 2011
Selepas menghadiri kuliah pertama TMK, saya dapati bahawa walaupun kami hampir setiap hari menggunakan komputer tetapi saya langsung tidak tahu tentang sejarah-sejarah yang berkenaan dengan perkembangan komputer dan juga kurang memahami tentang sesetengah fungsi perkakasan dan perisian yang ada pada komputer.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah saya, Pn Zakiah kerana telah memperkenalkan beberapa penulis buku TMK iaitu Capron dan Shelly Cashman supaya kami dapat menggunakan buku-buku penulis berkenaan sebagai rujukan dan menambah ilmu pengetahuan kami dalam bidang TMK.
Kesimpulannya saya berasa bahawa TMK merupakan satu subjek yang mesti dikuasai oleh semua bakal warga pendidik memandangkan arus perkembangan dalam TMK dapat memberi sumbangan besar dalam soal pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment