Dalam kuliah hari ini, kami berfokus pada kepelbagaian penggunaan microsoft word terhadap kami sama ada dalam soal penyediaan projek ataupun untuk kerjaya pada masa depan.
antara perkara yang dipelajari dalam microsoft words pada hari ini adalah seperti berikut :
(i). Table
( untuk menyediakan jadual, keputusan markah etc.)
(ii). Chart
(untuk menyusun data dalam bentuk carta contohnya prestasi keputusan peperiksaan)
(iii). Smart Art
( membuat tajuk yang berwarna-warni atau lebih menarik.)
(iv). Cover Page
( muka surat yang lebih standard dan lebih menarik berbanding dengan "blank page" yang
biasa digunakan.)
--> Klik 'Review', kemudian klik 'Spelling & Grammar'
--> Menentukan kesilapan dan kemudian klik butang 'Change'
Refleksi
Kuliah pada hari ini sememangnya lebih menyeronokan lagi dengan adanya pendedahan yang lebih mendalam dalam soal mengeksplorasi perisian microsoft word. Hal ini demikian kerana sekarang saya mampu menyediakan data-data saya dengan cara yang berbeza dan lebih menarik berbanding dengan dulu.
Oleh itu saya berasa amat seronok apabila menghadiri kuliah TMK kerana berpeluang untuk meningkatkan penguasaan dalam bidang TMK supaya dapat membantu saya dalam soal pelajaran terutamanya dalam penyediakan projek dan sebagainya.


